Tuesday, July 13, 2010

Kisah Leman Dan Zahid

Zahid seorang jururawat baru di sebuah hospital sakit jiwa memulakan hari pertamanya di situ denganpenuh keboringan.Beliau yang sedang duduk di kaunter wad tiba-tiba terdengar suatu suara mendayu-dayu, Kelihatan seorang pesakit dipenjuru wad sedang menyanyi lagu "Cindai" nyanyian Dato' Siti yang terkenal satu ketika dulu. Zahid memerhatikan pesakit yang bernama leman itu dengan penuh kepelikan. Ini kerana apabila leman menyanyikan beberapa buah lagu siti, beliau akan mengubah posisi badannya. Mengiring ke kiri kemudian ke kanan kemudian ke kiri semula, sehinggalah beberapa kali berlaku, leman mula melakukan aksi dewasa dengan menukar baju baru dikhalayak ramai sedangkan setahu Zahid,pesakit baru sahaja lepas mandi dan baru saja menyalin pakaian baru. Menambah kepelikan pada si zahid apabila berlaku sedemikian. Terdetik di hati Zahid," gila ke hape orang ni?". Ternyata dirinya terlupa dia sedang berada di HOSPITAL GILA!.

Akibat perasaan yang ingin tahu membuak-buak bersertakan keboringan yang melanda pada diri Zahid yang baru saja berpindah menyebabkan kakinya melangkah ke arah katil leman. Zahid menegur,"Kenapa encik mengiring ke kanan dan ke kiri setelah encik menyanyikan beberapa lagu siti Nurhaliza?". Leman yang sedang asyik menyanyikan lagu "Azura" terhenti. Kemudian terdengar bisikan perlahan keluar dari mulut leman,"macam settt......". Zahid mati akal memikirkan apa yang dimaksudkan dengan "settt" itu. Lantas Leman yang melihat Zahid sedang dalam kebingungan dengan segera menyeluk poketnya dan mengeluarkan sekeping kaset, lalu berkata sambil memandang zip seluar Zahid yang tidak tertutup,"Kanan ni side-A, yang kiri ni pula side-B,dah abes side-A, side-B la pula...". Barulah beliau faham bertambah tercabar dengan jawapan Leman yang ala-ala mempunyai kelulusan PHD itu.

Tetapi agar nampak cool membuatkan beliau tidak melatah, apatah lagi meratah Leman kerana jawapan selambanya. Ungkap Leman lagi,"Kenapa pula encik Leman menukar baju sedangkan encik baru saja mandi tadi?". Muka selamba Leman yang lengkap berpakej kepala botak dengan berkaca mata hitam dengan sempoi menjawab,"Ala, mesti la boring dengar lagu siti aje, tukar la lagu Jamal pula". Dengan takdir tuhan, Salah satu wayar otak Zahid terputus akibat daripada jawapan Leman itu. Tanpa rasa bersalah Leman meneruskan nyanyian sandar pada kenangan, BERSAMA ZAHID yang sudah mengikuti jejak langkah Leman di Hospital itu.....

No comments:

Post a Comment