Wednesday, July 21, 2010

Little Big Soldier (2010)

Buat pertama kali buat qba, meng-upload movie berbahasa mandarin. Actually qba mengagumi hasil titik peluh jackie chan, qba lebih senang menggunakan panggilan "brado stuntman" jika berbual dengan kawan-kawan berkaitan Jackie Chan. Beliau boleh dikatakan lebih suka tidak menggunakan alatan kesalamatan dalam aksi stunt nya agar nampak lebih real walaupun hanya akan memakan diri.

Buat movie lakonan beliau pada kali ini yang berjudul Little Big Soldier tidaklah begitu banyak aksi stunt yang dilakukan, mungkin kerana filem ini berkisarkan tentang perperangan di Negara China pada masa dahulu.

Jackie chan yang melakonkan seorang askar yang penakut, namun mempunyai angan-angan yang tinggi turut terlibat dalam peperangan tersebut. Keinginan beliau hanya untuk pulang ke kampung halaman untuk hidup aman bersama keluarga berbanding kehendaknya untuk berjuang untuk negara menyebabkan beliau menggunakan teknik "playing dead". Ketika peperangan besar di suatu kawasan sudah hampir tamat, Jackie chan bangkit untuk menangkap panglima perang musuh yang juga merupakan seorang putera raja sebagai ganjaran. Jackie Chan mengambil kesempatan ke atas panglima musuh yang sedang cedera parah ketika itu. Adakah beliau berjaya untuk menerima ganjaran? mungkin juga beliau berpaling tadah atas sifat penakut nya....

Siapa tahu.. mari sama-sama saksikan...... :)


Download Link


p/s: memang best tak rugi..qba leh gerenti... :D

No comments:

Post a Comment